Apakah maksud "salam.." yang diungkapkan dalam mesej pesanan ringkas, ataupun di Yahoo Messenger? adakah bersalam secara literally? atau memberi salam? bukankah memberi salam seharusnya "Assalamualaikum"? Abaikan. Cuma mempersoalkan sesuatu yang terbenam di dada.
Masuk harini, tanggal 24 Mei 2010, sudah lebih kurang tiga minggu aku meninggalkan zaman perkuliahan aka University Life. Sangat membosankan atau lame-shit untuk duduk di rumah tanpa menanti apa-apa. Tak seperti cuti-cuti yang biasa, akan punya tempoh yang tertentu untuk menanti saat tiba semester yang seterusnya. It sucks to not know what to expect after this. Pelbagai cubaan untuk merangka masa depan nampaknya menjadi sedikit kabur kerana aral-aral yang melintang bergelimpangan merentasi pelan rangkaan tersebut.
Next step, mungkin akan pergi ke program IMGLAD yang sebenarnya telah ditunda ke bulan Julai. Belum ada sebarang keputusan rasmi dari aku sama ada untuk menyertai atau tidak kerana jarak masa lebih kurang sebulan lebih lagi, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. So I'll just let that hang loose for a while. Sementara itu, gigih juga mencuba memohon sebarang pekerjaan secara dalam talian. Kebanyakan masih tidak dapat menerima diriku yang masih di tali pergantungan. Belum ada sebarang kualifikasi(ade ker?qualification~) yang aku miliki untuk mereka amati, seterusnya membuatkan sebarang permohonan ku dilihat umpama ahli tetap bakul sampah disebelah meja mereka yang dihias rapi dengan bunga plastik dan sebuah desktop tajaan syarikat.
Aku cuba dan aku terus cuba. Aku tidak pasti yang mana sepatutnya kucuba. Kerja sambilan, separuh masa? Menunggu kerja tetap? Atau menghadiri latihan-latihan yang entah kemana? Bukan mudah rupanya dunia sebenar...Selama ini aku selesa menjadi seorang pelajar...Setelah bertahun-tahun menjadi seorang yang mengabdikan diri kepada buku..
Oh ya. Sila jangan juga dimulakan tentang,
"Oh..Dah habis belajar yer? Bila nak kahwin?"
Mahu saja aku siku laju-laju kepada si penanya.....
Tetapi, kesian pula kepada makcik2 yang musykil atau sudah tiada soalan lain yang lebih relevan untuk diajukan kepadaku...
Apa-apa sajalah. Aku harus mengemas dapur untuk malam ini. Bermula lagi kehidupan surirumah pada hari esok. Oh, ada orang membuka persoalan padaku tempohari...
"Oh! kau surirumah? Kalau kau surirumah, harus ada tangganya...Barulah surirumah tangga..."
Kau pernah makan siku?
Mungkin nada post ini sedikit melankolik. Berdasarkan jiwa penaip yang sedikit kacau.
tak lain tak bukan....
2 comments:
celine handbags, mcm handbags, gucci, lululemon, wedding dresses, abercrombie and fitch, valentino shoes, nike roshe run, nike huaraches, mont blanc pens, bottega veneta, soccer shoes, louboutin, north face outlet, chi flat iron, vans outlet, ray ban, mac cosmetics, nfl jerseys, hollister clothing, timberland boots, new balance shoes, nike air max, ferragamo shoes, longchamp uk, lancel, instyler, hollister, nike trainers uk, ghd hair, vans, converse outlet, giuseppe zanotti outlet, nike air max, herve leger, insanity workout, p90x workout, reebok outlet, hollister, asics running shoes, north face outlet, hermes belt, soccer jerseys, baseball bats, ralph lauren, beats by dre, iphone cases, oakley, jimmy choo outlet, babyliss
replica watches, ugg pas cher, moncler outlet, canada goose, hollister, links of london, moncler uk, montre pas cher, moncler, karen millen uk, canada goose jackets, canada goose, toms shoes, marc jacobs, pandora jewelry, louis vuitton, doudoune moncler, louis vuitton, supra shoes, swarovski, moncler, juicy couture outlet, wedding dresses, louis vuitton, moncler, pandora uk, thomas sabo, canada goose outlet, louis vuitton, ugg, canada goose outlet, pandora charms, canada goose uk, ugg,uggs,uggs canada, canada goose outlet, moncler outlet, swarovski crystal, louis vuitton, juicy couture outlet, coach outlet, ugg uk, ugg,ugg australia,ugg italia, pandora jewelry, canada goose, moncler
Post a Comment