penghijrahan...

Hey yals!
Hurm, sangat nk tgk citer Putera Pasir...tapi tak berkesempatan lagik...ngaaaa~


oh...bukan yang atas tu tp yg ini....
oh bilelah...bilelah...

*******
Penghijrahan tu pengorbanan ek? Penghijrahan membawa kepada perpindahan atau perubahan dari suatu keadaan ke suatu keadaan yang lain..tak kisahlah sama ada perlakuan, fizikal, persekitaran, habitat, masa, ataupun teman. Mengubah atau memindahkan sesuatu memerlukan kudrat dan usaha yang amat besar untuk berjaya dan tentunya membawa kepada pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan.

Berhijrah dari jahat-baik. Orang jahat meninggalkan segala keseronokan berbuat kejahatan demi untuk menjadi seorang yang lebih baik dan diterima ramai. Teman-teman sejatahan juga harus dijauhi dan hidup baru yang ingin dihadapi perlu melalui pelbagai halangan. Ada orang tak boleh menerima penghijrahan yang dilakukan. Oleh itu, banyak juga pengorbanan usaha demi membuktikan nilai perubahan yang telah dilakukan tersebut.

Berhijrah status. Dari bujang kepada berdua. Memang banyak pengorbanannya, hidup tidak lagi boleh disamakan dengan hidup single..Kadangkala, hidup suami isteri juga amat berbeza dengan kehidupan semasa berkasih2an tanpa ikatan. Jika anak perempuan, tanggjungjawab telah beralih kepada sang suami, harus meninggalkan keluarga dan membina keluarga sendiri.

Macam2 lagiklah...tapi....

Titian penghijrahan sememangnya suatu titian yang penuh ranjau. Namun, setiap pengorbanan yang dilakukan tersebut tentunya tak sia-sia. Malah dijanjikan ganjaran yang lebih baik di seberang sana.

"the grass on the other side was always greener''
jadi salahkah kita berhijrah ke tempat yang lebih baik?
Setiap orang ada pilihan hidup masing-masing. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan hidup sendiri.

Kenapa saya cakap pasal penghijrahan ek?

Hmm...
Adelah.......