Kerja macam orang gila...Balik rumah macam orang gila....

Hullow peeps!
Yeaaayyy!!! Minggu nih mak cuti hari rabu khamis...Hape lagi, di waktu kesempatan cuti yang tidak terkangkang ini,(cuti terkangkang = cuti tak sebelah menyebelah minggu tuh) maka pulanglah mak kepangkuan keluarga yang tersayang yg jauh di mata tak berapa jauh lokasinya ittew... Sebbaik lah mak kerja keyhell jah, kalaw mak dapat kerja Jepun haritu, tak ke naya, nak dapat cuti balek Malaysia jer macam tahanan kat penjara...Tak kira tiket balek Malaysia lagi, maunyer mak beli private jet satu buat balik-balik Malaysia kan...Minyak kalaw tak cukup simpan jer stok minyak gamat tak pun minyak lintah...Woah.mane melalut mak piah!

Oh, tak berapa lama lagi mak nk kerja kat tempat sekarang nih...Sedih woo nak ninggal anak ikan mak...Sape la nak jaga dia kan kat citu...Takpe, ikan skang hardcore tak macam ikan dulu2....Takperlu bela sangat...Lepas kat kolam taik pn bleh idop kan...Jangan orang wat mancing sudahlah, pastu kena jual kat pasar! Anak ikaaannn, jangan termakan dek umpan yg tahape2 tuh....Nantikan mak akan sentiasa memerhatikanmu dari jaoh....Woah merepek lagi!

Dengo citer kejer baru nnt lagi stressful..Wargh!! Semoga mak tabah dan gigih macam anak ikan mak....Pasnih mak kena pakai vonggah lah...Sedih betol..tak reti lah nk vongga2 nih meks lagha jah...Ade orang mau makeover mak? Meks gerenti fail dengan kegagalan 87 skala richter...

Oh. dan pengumuman untuk pihak yang berkenaan, sila jangan lupa tampilkan diri anda untuk Project Falcon hokay! Nantikan ku disana..sana...sana......

Orait yals! Bebel later lagih!!

apa kau buat Oyen?

woahhhhh!!!
brapa taun dah kali terakhir mak bukak menda nih?? Nih bukan tahap bersawang dah, macam2 ada dah jadi hutan belantara, tu dah ada haiwan liar plak lam blog nih...*syuh!syuh!*

rindu la pulak kan...sekali sekala nak melepak kat tempat gelap nih...dah berkurun ditinggal, bukan takde masa, bukan takde internet, tapi ketidak rajinan untuk melawat tempat2 nih dan keutamaan lain menjadi faktor peninggalan artifak purbakala nih....

Lagipun rasanya sekarang mak mengalami proses peralihan dari zaman belajar / melaha, ke zaman pekerjaan...Sirius shit menderitakan...Macam-macam nak fikir and macam-macam nk buat...Kadang2 rasa hidup mak skang dah no fun! Perasaan jah kot...

Hopefully nanti I will manage to pull myself together and get along with the environment...Kalaw nk ikotkan, baru 6 bulan je mak meninggalkan zaman pembelajaran, konvo pn baru bulan 8 harituh...tp rasa macam da bertahun-tahun kerja nyer...Proses separation ngan kawan-kawan jangan cakap la, kadang2 rasa macam nk shoot teros pegi dinner kat Bangi tuh...sedeh! rindu korang....

Whatever pon, I think I'll stick around here more after this...

Orait! Bebel later!!!




















bitch banyak makan...

Hey yallllsssss!!!


huish...
banyak makan seh mak skang...tp kan tym timbang kat penimbang yang memerlukan 2 keping syiling 20 sen tuh 48kg sajor...takkanlah aku mengurus dengan mentadaknya??? selama nih tak pernah plak berat mak naik atau turun dari 54KG....Hal ini amat membingungkan palotak mak...Kemanakah pergi semua makanan yg masuk? Nak kata output terlebih tada plak...mungkin semua makanan tersebut tersejat jer kot dari badan mak..Atau mak makan untuk lebih dari seorang? wargh!!~






Ok besaids dettttttttt:~
Mak da tgk eclipse...alaa....filem yang dinanti2kan tuuuhhh...Yang penting haruslah, ketepatan dan kejituan antara filem dan buku...


Walaupun ramai yang merungut kerana filem ini yang kurang mesra keluarga sebab sangat banyak scene kishing dan polok2...Takpe, itu semua small the matter bila sampai panggung di Malaysia...sangat mesra kanak2.haha! 


Mak suka tgk Bella rambut panjang..Lawa!


Banyak jugak yang tak difeature dari buku...yerlah, nk semua masok karang jadik Lord Of The Ring pulekssss~


Pastu keciwa kerana screentime Emmett tersangat sedikit! Dialog yg dituturkan pn tak sampai 1 page...tapaperrrrrrrrr!!! Emmett nyer cap dah hilang jugak!! down...


Agak terganggu tadik kerna org dibelakang asik menendang kerusi mak...Motifffffffff??!!!!


Ok la uols...malas nk bebel dah...
Tu jerlah...


freak bitch macam letih.

owh. long tym freak bitch no bebel here ek...bukan no time, bukan no internet...cuma....

Lately there's something else to be concern about, rather than the tempat bebel yang gelap nih..Satu kali bukak rasa macam nak mencoret sesuatu, tp macam begitu berat tangan ni menaip...Maka tersadailah post tersebut di dalam draft...
Taniyah2!

Oh ya. About that something...In case ur wondering, I no longer possess the homemaker/housewife status anymore..You can say I resign that position for about a week and a half from today. I've got a job to do..Well, it's not a very impressive job but I will make do of it till i get a better job later... Working is way way wayyyyyy different than student life..Man, too tiring even to say why... No, I am not doing the cheap labour works...Maybe I just got used to my leasurely housewifey routine fot too long...My body is trying to adapt to the new environment..And my body clock too...So I have to get all tirey on the day to get a really good nite sleep...haa...

Tapi,
hey apedaa, kejap mlayu kejap omputih!
...ske ti lah!
erm, ok sambung, tapi, hari-hari sangat banyak makan juga.pagi makan.tengahari makan.petang makan.malam makan. Makan...terus! Ok, pasni kena sekat panggilan pemakanan awak yer ain...ohkey, last but not least, lokasi saya sekarang berada di tengah-tengah ibukota cinta Kuala Lumpur...Free-free roger la saya yer...

Baiklah, patik mengundur diri dahulu...Semoga bertemu lagi di lembaran yang lain.
Sayonara...

penghijrahan...

Hey yals!
Hurm, sangat nk tgk citer Putera Pasir...tapi tak berkesempatan lagik...ngaaaa~


oh...bukan yang atas tu tp yg ini....
oh bilelah...bilelah...

*******
Penghijrahan tu pengorbanan ek? Penghijrahan membawa kepada perpindahan atau perubahan dari suatu keadaan ke suatu keadaan yang lain..tak kisahlah sama ada perlakuan, fizikal, persekitaran, habitat, masa, ataupun teman. Mengubah atau memindahkan sesuatu memerlukan kudrat dan usaha yang amat besar untuk berjaya dan tentunya membawa kepada pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan.

Berhijrah dari jahat-baik. Orang jahat meninggalkan segala keseronokan berbuat kejahatan demi untuk menjadi seorang yang lebih baik dan diterima ramai. Teman-teman sejatahan juga harus dijauhi dan hidup baru yang ingin dihadapi perlu melalui pelbagai halangan. Ada orang tak boleh menerima penghijrahan yang dilakukan. Oleh itu, banyak juga pengorbanan usaha demi membuktikan nilai perubahan yang telah dilakukan tersebut.

Berhijrah status. Dari bujang kepada berdua. Memang banyak pengorbanannya, hidup tidak lagi boleh disamakan dengan hidup single..Kadangkala, hidup suami isteri juga amat berbeza dengan kehidupan semasa berkasih2an tanpa ikatan. Jika anak perempuan, tanggjungjawab telah beralih kepada sang suami, harus meninggalkan keluarga dan membina keluarga sendiri.

Macam2 lagiklah...tapi....

Titian penghijrahan sememangnya suatu titian yang penuh ranjau. Namun, setiap pengorbanan yang dilakukan tersebut tentunya tak sia-sia. Malah dijanjikan ganjaran yang lebih baik di seberang sana.

"the grass on the other side was always greener''
jadi salahkah kita berhijrah ke tempat yang lebih baik?
Setiap orang ada pilihan hidup masing-masing. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan hidup sendiri.

Kenapa saya cakap pasal penghijrahan ek?

Hmm...
Adelah.......

Oh! Selamat Datang bayi Merdeka!

Oh! mungkin dah basi...tp tetap nak bebel...

Tema untuk musim buang bayi pada kali ini ialah Bayi Merdeka! Bukan apa, menurut perkiraan aku, jika bayi2 itu dijadualkan lahir sekitar musim ini, adalah diperbuat pada sekitar bulan Ogos...
Contoh kronologi:

Malam 31 Ogos '09 - sayang. Jom Merdeka!
September '09 - Oh aku cinta kamu..
Oktober '09 - Aku cinta kamu juga sayang...
November '09 - Uwek! (bukan reaksi geli) tahniah cik...
Disember '09 - Abg...Ku ingin kau tahu...
Januari '10 - Erm. Ini bukan salahku. Bukan ini kupinta...(dan berlalu pergi....)
Februari '10 - Oh! dah tak sempat untuk operasi nenas dan buluh runcing.
Mac '10 - Baju longgar is in style...
April '10 - Oh! Malu!~
Mei '10 - Tong sampah, surau, tandas, restoran tidak terkemuka...

Ilustrasi di atas adalah khayalan semata, kisah sebenar mungkin berbeza dari situasi tersebut.

Ok. Menurut perangkaan ahlil nujim, musim yang seterusnya ialah pada bulan September '10 dan Oktober '10 untuk Bayi New Year dan Bayi Valentine... Sila bersedia untuk menyambut kedatangan ombak baru (new wave) of babies in a can.(trash can)

**********
hurm...no matter how much hatred ppl shown...or how many news and gory picture are being presented to us, there are still those people who dare to do such filthy things to those spotless clean babies...It is saddening to constantly feed with new case each day and do nothing about it... All we do id shake our heads and streams of tears as we watch the helpless infant get carried in a newspaper or kain sarong.

While some people are trying hard to conceive one, others just waste them like it was no sin.
The sick thing is the criminals left the crime scene with a bunch of their DNA, and it is so hard to actually capture them...It made CSI looks like a myth.

Sometimes, I just have the thought of opening a house for "Sapa mengandung dan bercadang untuk buang bayi" And it even have the dropping box, or dropping bay with no supervision to remain the anonymity of the parent(usually the mothers) apparently because they don't really want people to know who they are...They just have to make sure that I didn't caught them, cause if not, I will actually murder them and make them into a human stew.

Ok. Sapa nak buang anak, pls call me ok... I would like to raise them...
And tell them a little story as they're growing up...
A story call "The mom who cried pineapples"

ok..saya surirumah yang membosankan....

Salam...
Apakah maksud "salam.." yang diungkapkan dalam mesej pesanan ringkas, ataupun di Yahoo Messenger? adakah bersalam secara literally? atau memberi salam? bukankah memberi salam seharusnya "Assalamualaikum"? Abaikan. Cuma mempersoalkan sesuatu yang terbenam di dada.


Masuk harini, tanggal 24 Mei 2010, sudah lebih kurang tiga minggu aku meninggalkan zaman perkuliahan aka University Life. Sangat membosankan atau lame-shit untuk duduk di rumah tanpa menanti apa-apa. Tak seperti cuti-cuti yang biasa, akan punya tempoh yang tertentu untuk menanti saat tiba semester yang seterusnya. It sucks to not know what to expect after this. Pelbagai cubaan untuk merangka masa depan nampaknya menjadi sedikit kabur kerana aral-aral yang melintang bergelimpangan  merentasi pelan rangkaan tersebut. sangat putus asa.


Next step, mungkin akan pergi ke program IMGLAD yang sebenarnya telah ditunda ke bulan Julai. Belum ada sebarang keputusan rasmi dari aku sama ada untuk menyertai atau tidak kerana jarak masa lebih kurang sebulan lebih lagi, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. So I'll just let that hang loose for a while. Sementara itu, gigih juga mencuba memohon sebarang pekerjaan secara dalam talian. Kebanyakan masih tidak dapat menerima diriku yang masih di tali pergantungan. Belum ada sebarang kualifikasi(ade ker?qualification~) yang aku miliki untuk mereka amati, seterusnya membuatkan sebarang permohonan ku dilihat umpama ahli tetap bakul sampah disebelah meja mereka yang dihias rapi dengan bunga plastik dan sebuah desktop tajaan syarikat.


Aku cuba dan aku terus cuba. Aku tidak pasti yang mana sepatutnya kucuba. Kerja sambilan, separuh masa? Menunggu kerja tetap? Atau menghadiri latihan-latihan yang entah kemana? Bukan mudah rupanya dunia sebenar...Selama ini aku selesa menjadi seorang pelajar...Setelah bertahun-tahun menjadi seorang yang mengabdikan diri kepada buku..dan sistem pendidikan Malaysia .Nampaknya aku perlu bersedia untuk menjalani transisi kehidupan yang baru. Mungkin sedikit modifikasi disini sana supaya aku dapat mengadaptasi ke dunia yang nyata berbeza. Nyata baru.


Oh ya. Sila jangan juga dimulakan tentang, 
"Oh..Dah habis belajar yer? Bila nak kahwin?"
Mahu saja aku siku laju-laju kepada si penanya.....
Tetapi, kesian pula kepada makcik2 yang musykil atau sudah tiada soalan lain yang lebih relevan untuk diajukan kepadaku...


Apa-apa sajalah. Aku harus mengemas dapur untuk malam ini. Bermula lagi kehidupan surirumah pada hari esok. Oh, ada orang membuka persoalan padaku tempohari...


"Oh! kau surirumah? Kalau kau surirumah, harus ada tangganya...Barulah surirumah tangga..."


Kau pernah makan siku?




Mungkin nada post ini sedikit melankolik. Berdasarkan jiwa penaip yang sedikit kacau.
tak lain tak bukan....